Penghormatan
Setiap kali kita menghormati seseorang atau pihak tertentu, sudah pasti dengan bersebab. Kita mencintai seseorang, kerana ada sesuatu yang kita sukai dan cintai itu, pada dirinya. Jika kita mencintai keindahan dan ilmu, maka sudah pasti, kita akan menyiintai orang yang dianggap berilmu itu. Jika kita menyintai kejujuran, maka, sudah pasti kita menyintai orang yang jujur.
Tetapi cinta dan hormat itu, bukan sesuatu yang kekal. Apabila seseorang yang dihormati dan dicintai, semakin hilang kualiti-kualiti yang menjadi punca kepada rasa cinta dan hormat itu hilang, hilanglah pula rasa tersebut.
Dahulu saya menghormati seorang penulis muda dan seorang saasterawan negara. Saya menghormati mereka, kerana kualiti yang saya cintai itu, ada dalam diri mereka. Mereka rasional, berani dan jujur dalam menyatalkan pandangan. Tetapi sifat manusia boleh berubah. Apabila sikap jujue semakin hilang, mula memutarkan ilmu untuk tujuan peribadi, dan sentiasa bersangka buruk dan berfikiran negatif, maka perasaan itu pun terkikis sedikit demi sedikit.
Saya hanya terfikir, mungkin untuk membuktikan bahawa dirinya tidak akan menelan wang kerajaan yang zalim, ada eloknya dipulangkan anuygerah dan wang dari kerajaan yang zalim itu. Dengan cara itu, saya akan menghormati mereka.

Labels: muhasabah

2 Comments:
Abang Lut, kita berpandangan sama dalam isu ini. Hanya kerana mereka berdua nasib "segudang" penulis lain perlu diletak ketepikah? Itu pandangan sempit lagi memihak diri sendiri saya kira. Aduh, semoga mereka bertemu dengan kebenaran.
Sya stuju pandangan tuan, JANGAN BERSANGKA BURUK terhadap orang. Kalau karyanya tak sesuai dgn jiwa kita, jangan kita bersangka buruk terhadapnya. Saya suka kepelbagaian aliran / jalur sastera. Dgn kepelbagaian itu menampakkan kehebatan sastera. Selama ini kita mendukung 1 jalur sastera sahaja dan kita sering bersangka buruk apabila karya org lain tidak memenuhi selera kita.
Post a Comment
<< Home