Wednesday, January 25, 2012

BERKELAH DAN LINTAH

Salah satu aktiviti sewaktu saya kecil ialah berkelah. Selalunya, kami akan membawa nasi seorang sedikit. Selepas itu, kami menyelam, memanah ikan-ikan di dalam lubuk, atau mengarum.

Biasanya akan mula menyelam dan mengarum di Lubuk Sentul. Kami akan mudik sampai ke kolam Che In. Walaupun namanya kolam, tapi sebenarnya, merujuk kepada kawasan sungai yang paling baik untuk berkelah. Di kolam Che In, kami mengutip kayu-kayu kering, mencari tungku, memanggang ikan-ikan dan memasak nasi. Pucuk paku yang dikutip di tebing sungai, akan direbus, menjadi ulam. Selepas makan nasi, kami terjun ke dalam sungai, mandi sampai menggigil.

Tetapi, saya sangat memilih kawasan menyelam dan berkelah. Jika ada lintah, saya sama sekali tak berani. Yang hairannya, kawan-kawan suka pula pada lintah. Lintah itu akan mereka pegang, tarik-tarik dan regangkan, macam tali lastik.

Labels:

2 Comments:

Blogger Nimoiz T.Y said...

Tangkap lintah. Jual. Sekarang ramai yang beli lintah buat bekam lintah.

6:36 AM  
Blogger lutfi said...

Geli.Kat kg aku belambak lg. Kalau tangkat lintah, org kampung tak marah.

7:43 PM  

Post a Comment

<< Home