Ada tulisan yang perlu dijawab, ada yang tidak
Apabila ada tulisan yang cuba membangkitkan polemik, maka amaka kita ada dua pilihan. Pilihan yang pertama dengan menjawab polemik tersebut. Yang kedua, dengan berdiam diri sahaja.
Jika yang dibangkitkan itu menampakkan kualiti yang tingi, bahasa yang teratur dan tersusun ideanyan maka eloklah dijawab. Tetapi jika sesuatu tulisan itu, dihujah dengan gaya yang selekeh, bahasa yang kacau bilau, dan tidak menampakkan kematangan, eloklah kita berdiam diri.
Saya percaya, jika kita ikhlas dalam memperjuangkan keyakinan kita, maka, perjuangkanlah dengan hujah. Jangan, aapabila satu gagasan, idea dan pemikiran yang dituang dalam gaya dan bahasa yang elok, kita jawab dengan tuduhan, cercaan dan hinaan.
Kata Rumi, "Matahari akan tetap bersinar dan menyinari". Maksudnya, sesuatu yang hebat, tetap hebat. Untuk menenggelamkan cahaya matahari, maka perlu dipertentangkan dengan cahaya yang lebih terang. Seperti cahaya pelita, yang akan hilang dalam cahaya matahari.
Begitulah adat alam. Seseorang hanya akan melepaskan cintanya, apabila dia menemui cinta yang lebih baik. Sebaliknya, orang tidak akan melepaskan sesuatu yang dicintainya, dan menukarkan dengan sesuatu yag dibencinya. Memang, akan ada orang yang akan melepaskan sesatu yang lebih baik dengan sesuatu yang buruk. Seperti seorang kanak-kanak yang tidak tahu nilai mutiara, kanak-kanak itu tidak akan keberatan untuk menukarkan mutiaranya yang kelihatan kecil, dengan sebiji epal yang merah dan kelihatan enak.
Wallahu'alam.

Labels: Introspeksi

1 Comments:
Kerana manusia memang sentiasa mencari hujah hujah yang baik demi memahami apa yang tidak terfahamkan.
Post a Comment
<< Home