Tentang Anjing
Iqbal, dalam menghuraikan martabat insan, pernah membandingkannya dengan anjing. Kata Allama Iqbal, anjing tidak pernah menjilati anjing. Apa yang hendak diungkapkan oleh gergasi pemikir muslim ini, ialah pentingnya manusia itu menyedari martabat kewujudannya, dan mengelak daripada mengampu insan lain demi alasan yang pragmatik, kerana, anjing, sebagai binatang yang hina, tidak pernah melakukan perbuatan itu. Konotasinya, jika kita sanggup melakukan perbuatan itu, maka, apakah kita lebih baik daripada haiwan?
Namun, dalam kisah-kisah sufi, anjing juga sering ditonjolkan untuk menjelaskan sikap buruknya. Sebagai contoh, anjing akan menyalak, tidak kira kepada pencuri atau ilmuwan. Maksudnya, kita dituntut untuk sentiasa beradab, dan tahu kepada siapa kita mengkritik itu, sehingga kita perlu mengelak memperlakukan seseorang itu tidak sesuai dengan kedudukannya.
Ada dua perangai anjing,dan sebagai insan yang dikurniakan akal, maka, kita tentunya boleh mengambil pengajaran.
Wallahua'alam.

Labels: Introspeksi

2 Comments:
salam.
menarik. Tidak usah mencari hikmah jauh-jauh merantau, apa yang ada depan mata pun sudah cukup pengajarannya.
alfu mabruk . :)
salam cikgu,
menarik :)
Post a Comment
<< Home