Tonton CD
Semalam saya menghabiskan hampir rm200 membeli dvd. Saya membeli filem Starwars, (A New Hope dan Empire Strike's Back), The Constant Gardner dan satu filem Korea. Sudah lama saya tidak menonton Starwars. Mungkin kali terakhir ialah sewaktu saya masih di sekolah rendah. Imej-imej dalam filem tersebut, yang begitu lama tersimpan, membuat saya tidak berfikir panjang untuk membeli dvdnya. Tetapi, tentunya ada akibat buruknya. Bulan ini saya tidak boleh membeli buku. Tetapi tidak mengapa, kebijaksaan tidak daripada buku sahaja.
Saya juga membeli sekeping dvd filem Korea. Saya agak banyak menontoh filem-filem tertentu dari Korea. Biasanya filem Korea agak hebat dalam cinematografi. Jarang-jarang kita dapat menonton filem Korea tanpa latar tempatnya yang indah dan menarik.
Korea mungkin sahaja lebih sekular daripada kita. Tetapi tidak pula saya jumpa filem yang begitu memualkan, yang asyik berpeluk dari awal sampai akhir, macam filem Anak Halal.
Saya juga membeli sekeping dvd filem Korea. Saya agak banyak menontoh filem-filem tertentu dari Korea. Biasanya filem Korea agak hebat dalam cinematografi. Jarang-jarang kita dapat menonton filem Korea tanpa latar tempatnya yang indah dan menarik.
Korea mungkin sahaja lebih sekular daripada kita. Tetapi tidak pula saya jumpa filem yang begitu memualkan, yang asyik berpeluk dari awal sampai akhir, macam filem Anak Halal.
Labels: peribadi

16 Comments:
tu bukan anak halal, tu anak haram jadah.
hahahah, kan dah kena sindir dgn si benuasuluk.
Lebih baik duit rm200 tu tuan sedekah ke anak-anak yatim atau beli tafsir al-Quran atai kitab-kitab sirah.
berhentilah jadi sekular dan pejuang postmorden tu..jadilah daie ke atau apa2 sebagai bekalan.
hehehe. Dinsman pun dah menyesal jadi sekular.
biasa lat lutfi..
filem kita wajah org putih..aku setuju dengan benuasuluk..anak halal tak dak yang ada..anak haram jadah.. minat juga hang dengan filem...ya..
Salam.
Wan, puitis puitis. Hahaha.
Bapak Sham, bukan naj jadi pejuang posmo atau sekular, tapi mau faham benda ni. Lepas tu baru boleh kita tembak itu posmo atau sekular. Jadi, kenalah jadi sekular dulu, haha.
Zulhabri, aku memang kuat menonton. Tapi tentang filemnya agak selektif.
cerita korea apa ya? saya suka winter sonata.
This post has been removed by the author.
Winter Sonata memang cantik cinemarografinya. Tetapi saya lebih suka filem macam Untold Scandal. Ada satu lagi tapi tak ingat tajuknya, kisah hubungan antara cucu dan neneknya yang bisu.
Salam tuan,
Itulah "kemandulan" idea individu yang terperangkap dalam kesibukkan mencari budaya sensasi. Komponen tu dah jadi wajib. Tapi macam mana pula kalau kita berpeluk cium dengan falsafah sekular. Hati-hati tuan, boleh terbalik serban ustaz.Hehehe
Zarith, jangan berpeluk cium, tapi telanjangkan dia, letak atas katil, kemudian kita bedah dan kenali hati jantungnya.
hehe, anak halal kena tembak, lagi..
Fadz, belum tembak, baru 'target' hehe.
haha Anak Halal kena tembak, padahal filem tu dah lama...
Kalau suka Korea cuba tengok Old Boys...
filem kita cuba bertolak dari skala pemikiran yg kununnya besar...tapi hampeh...seperti hampehnya slogan 1M yg dimomokkan skg...
cuba teliti filem luar, terutamanya dr Iran...cuma bertolak dr skala kecil, tapi mendasar pemikiran / penceritaannya..(bukan nak mendewakan filem luar..tapi itulah hakikat)
Salam Oh Me dan Edolah.
Cara kita memanifestasikan seni kita, tidak kira apa pun genrenya, seolah-olah dibuat secara semborono, tanpa melihat kepada konteks. Seolah-olah kita tiada sejarah dan tradisi.
Filem-filem dari Iran, mereka menggali tradisi mereka, mengadunnya dalam pemikiran mereka, dan memberikan alternatif. Filem kita, tidak kita apa genrenya, selesa menjadi pengikut, tidak mahu menjadi pencetus.
apa yang nak diharapkan pemikiran...daripada haslam anak beranak, mohaideen adik beradik dan teo suku-sakat!
Teoh, Haslam, dan Razak - mewakili mazhab ringgitisme. Pemikiranlah tu, hehe.
Post a Comment
<< Home